Berita

Jelebu: Bakri lepas 17 ribu anak ikan, menambah bekalan ikan air tawar

JELEBU: Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Bakri Sawir bersama Jabatan Perikanan Negeri Sembilan telah menjalan program pelepasan anak ikan di sebuah lombong di Kampung Kuala Pah, Jelebu.

Bakri berkata, sebanyak 17 ribu anak ikan dilepaskan ke dalam lombong di kampung berkenaan. Sebanyak 10 ribu spesis anak lampam sungai, 5 ribu anak krai kunyit dan 2 ribu anak ikan baung telah dilepaskan.

“Tujuan pelepasan anak ikan ke dalam lombong berkenaan adalah bagi mewujudkan taman ikan air tawar dan memberi kemudahan kepada penduduk setempat untuk mendapatkan bekalan makanan.

“Dengan adanya taman ikan air tawar seperti ini, bekalan ikan tidak akan putus dan akan menambah kelestarian ikan air tawar negara.

“Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan sentiasa membantu pihak yang berkenaan bagi menambah pendapatan mereka,” kata Bakri yang juga ADUN Klawang.

Menurut Bakri, taman ikan air tawar seperti iniĀ  juga diusahakan di negeri lain seperti Selangor dan Pahang.

Hadir bersama Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Encik Halimi Abu Hanip; Pengerusi MPKK Kampung Kuala, Encik Mohd Raus; Ketua RELA Jelebu, Encik Saidi dan Pengurus Agro Bank Jelebu, Encik Saidin.

Show More

Related Articles

Back to top button