Aktiviti

Jemaah Masjid Permatang Pasir dapat ‘facemask’ dari Rusli

LINGGI: Seusai Solat Jumaat di Masjid Permatang Pasir kelmarin, Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah mengagihkan facemask (pelitup muka) kepada 60 orang jemaah masjid.

“Saya mengagihkan sekotak facemask kepada setiap jemaah yang hadir. Seramai 60 orang jemaah mendapat sekotak facemask setiap seorang.

“Saya harap sumbangan kecil ini sedikit sebanyak dapat membantu jemaah dalam mengawal penularan pandemik Covid-19 ini.

“Harap masing-masing mematuhi SOP yang ditetapkan, mengamal gaya hidup yang sihat, sentiasa memakai facemask apabila keluar, menggunakan hand sanitizer.

“Sumbangan facemask ini akan diteruskan di masjid lain pada minggu-minggu akan datang,” kata Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button