Berita

Jentera Pilihan Raya Amanah Tampin dilancar

TAMPIN: Timbalan Presiden Amanah, Dato’ Seri Salahuddin Ayub telah melancarkan Jentera Pilihan Raya Amanah Kawasan Tampin.

Pelancaran tersebut diadakan di Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Tampin di Durian EcoLodge, Kampung Pondoi, Tampin.

Salahuddin dalam ucapan perasmian mengingatkan semua pihak harus berganding bahu agar sehaluan dengan satu visi iaitu memastikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ketua Amanah Kawasan Tampin, Saudara Abd Latif A.Tambi atas kejayaan mengadakan Mesyuarat Tahunan Parti Amanah Negara Kawasan Tampin Kali ke-5,” katanya.

Salahuddin juga memotong pulut kuning sempena sambutan ulang tahun Amanah yang ke-5.

Turut hadir, Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Saudara Mk Ibrahim Abdul Rahman; Pengerusi DAP Tampin, YB S.Veerapan dan Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Saudara Mokhtar Ahmad mewakili KeADILan Tampin.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button