Berita

JERAM PADANG: 59 keluarga dikuarantin terima bantuan makanan

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu mengagihkan bantuan barangan keperluan dapur kepada 59 keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 di DUN Jeram Padang.

“Saya telah mengagihkan bantuan makanan kepada tiga keluarga di Kampung Felcra Rompin dan 56 keluarga di Ladang Batang Jelai.

“Sumbangan ini adalah sebahagian daripada bantuan yang disediakan oleh Pejabat Penyelaras DUN Jeram Padang bagi meringankan beban mereka yang terpaksa dikuarintin.

“Saya mendoakan semoga mereka diberikan kesihatan yang baik dan dilindungi tuhan. Saya turut menasihatkan mereka agar mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara,” ujar Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button