Berita

Jeram Padang: Keluarga Orang Asal dapat rumah baru

JERAM PADANG: Menyedari kesukaran sebuah keluarga Orang Asal yang tinggal dalam rumah yang agak sempit dengan sembilan ahli keluarga, Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan sebuah rumah baru.

Musliadi telah membuat satu permohonan dengan pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk mendapatkan sebuah rumah yang lebih selesa untuk Puan Azian Achin di Kampung Orang Asli Persom.

“Saya difahamkan Puan Azian Achin telah membuat permohonan untuk mendapatkan sebuah rumah PPRT sejak beberapa tahun yang lalu tetapi tidak berjaya.

“Setelah saya dimaklum tentang permasalahan beliau, saya telah membuat permohonan kepada pihak JAKOA.

“Untuk makluman, kelulusan untuk pembinaan rumah baru ini telah dibuat semasa Pakatan Harapan masih mentadbir Kerajaan Persekutuan sebelum hujung Februari 2020.

“Terpancar kegembiraan di wajah Puan Azian dan anak-anaknya. Insyah Allah pembinaaan untuk penghuni rumah yang lain akan diusahakan secara berperingkat,” jelas Musliadi.

Musliadi bersama Pegawai JAKOA, Encik Khairul meluangkan masa melawat rumah Azian yang telah siap dibina beberapa bulan yang lepas.

Show More

Related Articles

Back to top button