Berita

Jeram Padang: Pasangan suami isteri warga emas dapat rumah baru

JERAM PADANG: Sepasang suami isteri warga emas mendapat hadiah paling istimewa sempena sambutan Tahun Baru Cina. Pasangan Encik Hew Chon Loi dan Puan Leong Kem Fong mendapat sebuah rumah baru di Kampung Bukit Pilah, Rompin.

Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu berkata, kediaman asal pasangan Hew dan Leong sangat uzur.

“Justeru, saya bersama ADUN Bahau, YB Teo Kok Seong telah membuat permohonan dengan Tenaga Nasional Berhad (Projek CSR) pada tahun lepas.

“Alhamdullillah pembinaa semula kediaman pasangan warga emas ini diluluskan mengikut syarat yang ditetapkan.

“Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Tenaga Nasional Berhad yang sentiasa peka dengan keperluan masyarakat yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Hew dan Leong menyatakan perasaan gembira mereka setelah menerima kunci rumah tersebut.

“Dapatlah kami duduk rumah ini menjelang sambutan Tahun Baru Cina pada hari Jumaat ini,” ujar pasangan suami isteri tersebut.

 

Show More

Related Articles

Back to top button