Aktiviti

JOHOL: 40 keluarga yang terkesan akibat Covid-19 terima bantuan makanan dari NSU

JOHOL: Badan Bukan Kerajaan, Negeri Sembilan Update (NSU) dengan kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Johol menyantuni 40 keluarga di DUN Johol yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Pengerusi NSU, Dato’ Adzwan Ab Manas berkata, sebanyak 40 buah keluarga telah diziarahi kelmarin untuk diserahkan sumbangan barangan keperluan dapur.

“Sumbangan yang diberikan ini adalah demi meringankan beban keluarga yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.

“NSU telah bergerak aktif menyalurkan bantuan Covid-19 sejak tahun lalu dan akan menyusun beberapa program lagi di DUN yang lain,” katanya.

Adzwan merakamkan penghargaan kepada Penyelaras DUN Johol, Tuan Zailan Munawar dan semua MPKK yang terlibat khususnya Pengerusi MPKK Kampung Padang Jual, Encik Aimran yang memberikan kerjasama dan komitmen untuk menjayakan program bantuan ini.

“NSU turut menyeru kepada syarikat korporat dan individu yang berkemampuan untuk sama-sama menghulurkan sumbangan terutamanya kepada golongan yang terkesan akibat Covid-19.

“Seperti yang kita semua sedia maklum, rakyat sedang menghadapi kesukaran, hilang pekerjaan, dipotong gaji, malah ada yang dilaporkan terputus bekalan makanan,” ujar Adzwan.

Sekiranya ada pihak lain di luar sana sebagai individu, syarikat kecil atau syarikat korporat yang berhasrat untuk menderma atau memberikan sumbangan, NSU sedia menyalurkan sumbangan derma tersebut kepada golongan yang memerlukan, dan sumbangan berbentuk wang ringgit boleh dihulur melalui akaun NSU seperti berikut:

AFFIN BANK : 106780013606
Pertubuhan Kebajikan Terkini Negeri Sembilan (Negeri Sembilan Update)

Show More

Related Articles

Back to top button