Berita

Johol: Pelajar IPTA yang kurang mampu dapat bantuan kewangan

JOHOL: Lima penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari DUN Johol telah menerima bantuan kewangan IPTA dari Penyelaras DUN Johol, YM Tunku Yazid Tunku Adzim.

Tunku Yazid berkata, sumbangan ini adalah untuk meringankan beban kewangan golongan pelajar yang kurang berkemampuan yang melanjutkan pengajian tinggi.

“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menampung kos permulaan pengajian tinggi pelajar ini di IPTA,” kata Tunku Yazid.

Lima penuntut IPTA ini diwakili oleh ibubapa mereka dan menganggap pemberian ini sangat bermakna.

Penerima bantuan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan pimpinan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Untuk rekod di bawah Insentif Kecemerlangan IPTA dan IPTS Kerajaan Negeri Sembilan, pelajar (pemohon) yang layak akan menerima bantuan kewangan one-off bernilai RM1,000 untuk Ijazah, RM750 untuk Diploma dan RM500 untuk Matrikulasi.

 

Show More

Related Articles

Back to top button