Berita

‘Doa saya setiap pagi untuk guru: AMINUDDIN

PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyifatkan golongan guru adalah orang yang hebat.

“Ini lah orang hebat yang Allah pilih, ini lah orang yang Allah kata mereka boleh ubah kita jadi apa.

“Guru-guru yang boleh ubah akhlak anak-anak (pelajar) kerana mereka yang banyak bersama dengan anak-anak.

“Guru dari pagi sampai tengahari ke petang, mendidik dan membina anak-anak kita,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata, beliau tidak pernah lupa mendoakan golongan guru setiap pagi (Solat Subuh).

“Doa saya setiap pagi tidak lupa untuk guru-guru, di mana sahaja berada.

“Setiap kali saya Solat Subuh, doa saya selepas ahli keluarga saya adalah untuk guru-guru.

“Bukan guru-guru yang pernah mengajar saya tetapi semua guru-guru yang ada,” ujar beliau.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson.

Show More

Related Articles

Back to top button