Program

Jom daftar vaksin Covid-19, dapat barangan dapur percuma

Mensasarkan golongan warga emas dan mereka yang tidak mempunyai akses internet

RASAH: Menyedari masih ramai lagi rakyat yang belum mendaftarkan diri untuk menerima suntikan vaksin Covid-19; Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin melancarkan kempen ‘Warga Rasah, Jom Daftar Vaksin, Dapat Barangan Dapur Percuma’.

Cha berkata, beliau menyedari kadar pendaftaran vaksin Covid-19 masih rendah di Parlimen Rasah.

“Justeru, bagi mengaglakkan lebih ramai warga Rasah mendaftarkan diri sebagai penerima suntikan vaksin Covid-19, saya telah melancarkan kempen ini.

“Setiap individu di Parlimen Rasah yang mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin, akan menerima satu set barangan keperluan dapur secara percuma.

“Dalam tempoh 24 jam kempen ini dilancarkan, pejabat saya telah mendaftarkan seramai 200 individu dan sebanyak 200 set barangan dapur telah diberikan kepada mereka sebagai galakan,” ujar Cha.

Cha berkata, memandangkan sambutan sangat menggalakkan, sebanyak 200 set barangan dapur lagi disediakan untuk kempen Fasa Kedua.

“Penduduk di Parlimen Rasah hanya perlu datang ke Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Rasah untuk mendaftarkan diri sebagai penerima suntikan vaksin Covid-19.

“Kempen ini sebenarnya, lebih mensasarkan golongan warga emas atau mereka yang tidak mempunyai akses talian internet atau tidak tahu menggunakan aplikasi MySejahtera,” jelas Cha.

Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Rasah beroperasi dari 10 pagi hingga 3 petang (Isnin sehingga Jumaat) di No.531, Tingkat Bawah, Jalan Haruan 4/6, Pusat Komersial Oakland, 70300 Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button