Berita

Tabung Peduli Palestin peringkat JPKK bakal ditubuhkan

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan bakal menubuhkan Tabung Peduli Palestin bagi peringkat Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, beliau akan meminta semua ketua kampung untuk pergi rumah ke rumah membuat kutipan.

“Ia adalah sebagai tanda solidariti rakyat Negeri Sembilan untuk saudara kita di Palestin.

“Kita juga ingin memastikan bahawa orang Negeri Sembilan bukan hanya bercakap tetapi menunjukkan semangat mereka.

“Tidak kira berapa pun kita sumbangkan, waima 10 sen sekalipun.

“Ini menunjukkan semangat orang negeri ini,” ujar Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di sidang media Majlis Amanat dan Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Negeri Sembilan 2023-2025 di Royale Chulan, Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button