Berita

Tanaman baru Kacang Sacha Inchi hasil produk kesihatan

Bakri mahu lebih ramai petani mengusahakan tanaman Kacang Sacha Inchi

KLAWANG: Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Bakri Sawir telah melawat tapak pertanian Kacang Sacha Inchi kepunyaan Encik Toslan Ali.

Toslan mengusahakan tanaman Kacang Sacha Inchi di bawah syarikatnya, Indah Morib Resources Cemerlang Sdn Bhd

Kacang ini dengan nama saintifiknya Plukenetia Volubis hidup di hutan hujan Amazon dan banyak dihasilkan di Peru. Di Malaysia hasil tanaman ini masih baru dan yang pertama ditanam dan dihasilkan di Jelebu oleh Toslan.

Bakri berkata, Toslan menanam seluas 11 ekar Kacang Sacha Inchi di Kampung Purun di Jelebu.

“Hasil tanaman beliau dijadikan produk seperti minyak dalam bentuk softgel bagi membantu mengurangkan kolestrol, membantu masalah botak lelaki, membantu masalah haid bagi kaum wanita dan pelbagai lagi produk makanan sihat.

“Di samping itu, beliau juga ada juga menanam serai wangi, bunga kenanga dan bunga cempaka seluas lapan ekar untuk kegunaan penghasilan minyak wangi.

“Saya akan cuba menjadikan Toslan sebagai usahawan contoh penanaman kacang ini secara besar-besaran agar dapat memberi peluang kepada petani-petani yang berminat menjalankan usaha ini.

“Syarikat ini juga telah berjanji menjadi pemborong hasil daripada usahawan yang akan berkecimpung di dalam bidang tanaman ini,” kata Bakri.

Turut hadir dalam lawatan ini Pengarah Pertanian Negeri Sembilan, Encik Hisham Yaacob.

Show More

Related Articles

Back to top button