Berita

Kadar vaksinasi cecah 90 peratus

SEREMBAN: Kadar vaksinasi rakyat Negeri Sembilan berumur 18 tahun ke atas telah mencapai 90 peratus.

Exco Kesihatan Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam berkata, setakat 23 Ogos, 90 peratus iaitu bersamaan 733,562 orang daripada 831,107 rakyat Negeri Sembilan dewasa telah menerima vaksin dos pertama.

“Seramai 588,880 individu atau 72.31 peratus populasi Negeri Sembilan berumur 18 tahun ke atas telah menerima suntikan vaksin dos kedua.

“Kerajaan Negeri Sembilan komited untuk menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” kata Veerapan.

Veerapan berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin UiTM Rembau, pada hari Selasa.

Show More

Related Articles

Back to top button