Berita

Penjawat awam perlu kekalkan prestasi dan mutu yang baik

SEREMBAN: Penjawat awam perlu sentiasa mengekalkan prestasi dan memberikan mutu yang terbaik kepada masyarakat.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, ini kerana setiap gerak kerja yang dilakukan membawa nama dan imej kerajaan.

“Kita tidak menafikan bahawa ada daripada kalangan penjawat awam yang mempunyai pelbagai masalah yang boleh memberi kesan dan prestasi dan mutu kerja.

“Perkara ini perlu diberi perhatian oleh pegawai-pegawai di peringkat atasan lebih lagi soal integriti.

“Saya sendiri memberi kuasa penuh kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk masuk ke mana-mana pejabat kerajaan jika didapati terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Perhimpunan Penjawat Awam & Sambutan Hari Wanita Sedunia CUEPACS.

Show More

Related Articles

Back to top button