AktivitiProgram

Kampung Tampin Tengah Johan Piala YB Veerapan

REPAH: MPKK Kampung Tampin Tengah dan MPKK Kampung Repah akan mewakili DUN Repah bagi Kejohanan Bolasepak Piala YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Peringkat Parlimen Tampin.

MPKK Kampung Tampin Tengah muncul sebagai johan Pertandingan Bolasepak Piala YB Veerapan 2021 yang juga merupakan pusingan awal untuk menentukan wakil DUN Repah yang layak ke Peringkat Parlimen Tampin.

ADUN Repah, YB Veerapan Superamaniam berkata, perlawanan diadakan secara format liga dengan penyertaan empat pasukan.

“Naib johan, MPKK Kampung Repah dan tempat ketiga MPKK Kampung Pondoi .

“Saya berharap wakil DUN Repah akan layak ke peringkat negeri selepas ini dan muncul sebagai juara,” ujar beliau.

Turut hadir, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani.

Repah

Veerapan berkata, pada tahun hadapan lebih banyak pasukan akan menyertai pertandingan ini.

“MPKK Kampung Tampin Tengah (johan) memenangi hadiah wang tunai RM1,000 dan piala pusingan serta pingat dan jersi bagi setiap pemain.

“MPKK Kampung Repah (naib johan) memenangi hadiah wang tunai RM800 serta pingat dan jersi untuk setiap pemain.

“Tempat ketiga memenangi hadiah RM500,” kata Veerapan yang juga Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan.

Pertandingan liga sehari ini diadakan di Stadium Tampin pada Sabtu.

Show More

Related Articles

Back to top button