BeritaMenarik

Bakri yakin Klawang milik PH-BN

Sokongan penyokong BN telah mencapai 37 peratus

KLAWANG: Calon Pakatan Harapan DUN Klawang, Dato’ Ir.Bakri Sawir percaya, kemenangan akan berpihak kepada beliau pada hari mengundi 12 Ogos ini.

“Mengambil kira sejumlah undi fixed deposit daripada penyokong Pakatan Harapan (PH), saya hanya memerlukan 30 peratus sokongan daripada pengundi atau penyokong Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kemenangan di DUN Klawang.

“Walaubagaimanapun, setakat hari ke enam kempen (Khamis), hasil culaan mendapati sokongan penyokong BN kepada saya telah mencapai 37 peratus,” kata Bakri.

Namun kata Bakri, beliau tidak akan selesa dengan data culaan tersebut.

“Justeru itu, jentera PH dan BN DUN Klawang telah mensasarkan untuk meningkatkan sokongan penyokong BN kepada 50 peratus menjelang hari mengundi pada 12 Ogos ini,” jelas Bakri.

Bakri berkata demikian kepada Negeri Kita selepas mengadakan kempen ‘door to door’ di Kampung Orang Asli Ulu Kelaka di sini.

 

Show More

Related Articles

Back to top button