Berita

Veerapan sumbang RM3,000 kepada Persatuan Berbasikal Daerah Tampin

REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, YB Veerapan Superamaniam telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali-3 Tahun 2023, Persatuan Berbasikal Daerah Tampin di Durian Ecolodge Pondoi Tampin.

Veerapan berkata, beliau telah menyumbang RM3,000 kepada Persatuan Berbasikal Daerah Tampin.

“Syabas dan tahniah kepada Persatuan Berbasikal Daerah Tampin kerana sangat aktif melaksanakan pelbagai aktiviti berbasikal di Daerah Tampin .

“Tahun ini persatuan ini telah melaksanakan program berbasikal di Gemencheh.

“Yang menarik ramai peserta dari daerah dan negeri menyertai program berbasikal.

“Justeru itu, aktiviti begini perlu diteruskan kerana ini juga mampu memajukan ekonomi Daerah Tampin,” kata Veerapan yang juga Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan.

Turut hadir, Setiausaha Majlis Daerah Tampin, Encik Zulhilmi Marzuki; Naib Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan, Ybhg Dato’ Nazri Mohd Saad; Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin, Puan Nairul Nabilah Ab.Latif dan Presiden Tampin Cycling Association, Encik Saiful Adly Abd Wahab.

Show More

Related Articles

Back to top button