Berita

KAYNS sumbang kepakaran bantu mangsa banjir

RASAH: Nasib mangsa banjir di Rasah terus mendapat bantuan daripada pelbagai pihak. Baru-baru ini seramai Briged Prihatin Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS) terlibat dalam misi menyantuni mangsa banjir.

Di ketuai oleh Ketua Ekskutif (CEO) KAYNS, Encik Bahrom Bakar, seramai 20 sukarelawan turun padang membantu mangsa banjir di Kampung Sri Mantau, Kampung Batu 3 Mambau dan Kampung Chedang.

Tenaga pengajar KAYNS yang berkemahiran dalam bidang pendawaian elektrik dan mekanikal kenderaan menyertai misi kali ini.

“Kami telah memeriksa dan membantu membaiki sistem pendawaian elektrik yang bermasalah akibat rumah ditenggelami air.

“Selain itu kami juga memeriksa kenderaan yang bermasalah akibat di tenggelami air banjir.

“Sempat juga kami menyantuni Uncle Kumar, seorang pesara pegawai farmasi di hospital.

“Beliau menghidapi pelbagai penyakit dan tinggal bedua dengan isterinya di rumah yang usang.

“Menitis air matanya bila disantuni dengan makanan yang disediakan kami,” kata Baharom.

Baharom berkata, adalah mengkagumkan beliau, apabila sekumpulan sukarelawan warg emas sedang bergotong royong membina sebuah rumah kecil baru untuk mangsa banjir.

“Rumah keluarga tersebut musnah keseluruhannya dalam banjir tersebut.

“Hasil kutipan derma awam, sekumpulan sukarelawan warga emas ini bergotong royong mendirikan sebuah rumah kecil yang baru untuk keluarga tersebut.

“Saya terharu melihat misi kali ini disertai semua kaum untuk membantu mangsa banjir,” katanya.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button