Berita

KeADILan DUN Sri Menanti bersedia hadapi PRU-15

SERI MENANTI: KeADILan DUN Sri Menanti telah membuat persiapan rapi dan bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekiranya parlimen dibubarkan pada bila-bila masa.

Kata Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat selepas mempengerusikan Mesyuarat Jentera Pilihan Raya Peringkat DUN Seri Menanti di Balairaya Muhibbah Tanjung Ipoh.

“Alhamdullillah, mesyuarat telah berlangsung dengan baik serta lancar dan telah dihadiri pengerusi-pengerusi MPKK, Ketua-Ketua Ranting, Wanita dan juga Angkatan Muda KeADILan (AMK).

“Mesyuarat ini telah melantik dan mengesahkan Ahli Jawatankuasa Jentera Pilihan Raya DUN dan Pusat Daerah Mengundi (PDM).

“Dengan terbentuknya ahli jawatankuasa ini, kita telah pun bersedia untuk menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa sahaja.

“Persediaan ini penting bagi melancarkan gerak kerja semasa pilihan raya itu sendiri,” kata Shahran.

Turut hadir bersama, Pemangku Ketua Cabang KeADILan Kuala Pilah, Saudara Azlan Hamzah; Setiausaha Cabang, Saudara Hazman Hashim; Bendahari Wanita KeADILan Negeri Sembilan, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman dan Penerangan Wanita KeADILan Negeri Sembilan, Puan Noraini Nordin.

 

Show More

Related Articles

Back to top button