Berita

KeADILan Jempol: Ranting Felda Palong 12 dan 13 ditubuhkan

Noor Afandi dipilih Ketua Ranting

PALONG: Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) Cabang Jempol mengorak langkah, setapak lagi kehadapan dengan tertubuhnya sebuah ranting baru iaitu Ranting Felda Palong 12 dan 13 malam tadi.

Naib Ketua Cabang KeADILan Jempol, Saudara Rebin Birham berkata, mesyuarat penubuhan ranting dimulakan pada jam 8.30 malam dan telah dihadiri seramai 20 orang yang terdiri daripada ahli-ahli Ranting Felda Palong 12 dan 13.

“Mesyuarat sebulat suara telah memilih Encik Noor Afandi Rosli yang merupakan peneroka Felda Palong 12 sebagai Ketua Ranting.

“Apa yang agak menarik adalah hampir 90 peratus Ahli Jawatankuasa ranting yang terpilih pada malam tadi terdiri daripada Generasi Kedua Felda Palong 12 dan 13,” katanya.

Rebin yang juga merangkap Pemangku Ketua Cabang Jempol dalam ucapan perasmiannya menyeru ahli KeADILan di Felda Palong 12 dan 13, bahawa selain menghayati perjuangan parti KeADILan; ahli ranting juga perlu peka dan cakna kepada permasalahan rakyat.

Show More

Related Articles

Back to top button