Berita

KeADILan Kuala Pilah bantu mangsa banjir Dangi

Bantuan barangan asas dan pakaian

JOHOL: Kepimpinan dan sukarelawan KeADILan Cabang Kuala Pilah bersama Wanita KeADILan Cabang Kuala Pilah telah menziarahi mangsa banjir Kampung Air Taling dan Kampung Langkap di Dangi

Ketua Cabang KeADILan Kuala Pilah, Saudara Azlan Hamzah berkata, pihaknya telah memberikan bantuan barangan asas dan pakaian kepada mangsa banjir

“Kami melihat keadaan mangsa banjir dan ia memberi kesan di hati.

“Siapa menduga musibah yang datang tiba-tiba, hingga tidak sempat untuk menyelamatkan apa-apa.

“Bertabahlah, ini ujian Allah. Semoga dengan bantuan kami ini dapat meringankan beban dan memberi semangat kepada semua mangsa banjir.

Turut bersama misi bantuan ini, Timbalan Ketua Cabang, Saudara Shahran Kaat; Pemangku Ketua Wanita Cabang KeADILan Kuala Pilah; Setiausaha Cabang, Saudara Hazman Hashim; Setiausaha Wanita, Puan Ruzita Hamzah; Ketua Penerangan Wanita, Puan Norliza Thani dan Ahli Jawatankuasa KeADILan Cabang Kuala Pilah.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button