BeritaProgram

Billboard LED di Dataran MPJL boleh berpusing 360 darjah

JEMPOL: Billboard LED di Dataran Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) mempunyai ciri yang canggih dan boleh berpusing 360 darjah.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Sembilan telah diperuntukkan melaksanakan projek pemasangan LED Billboard seumpama ini dengan peruntukan RM500,000 setiap PBT.

“Billboard LED ini boleh digunapakai untuk pelbagai jenis acara dan program.

“Besarlah harapan saya agar LED Billboard ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam menyampaikan maklumat berkenaan Kerajaan Negeri ataupun aktiviti bersama masyarakat,” kata Aminuddin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button