Berita

KeADILan Negeri Sembilan dapat pujian DSAI

AMPANG: Kestabilan dan kekuatan KeADILan Negeri Sembilan dapat pujian Presiden KeADILan, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam Konvensyen Penerangan KeADILan di Hotel De Palma, Ampang.

“Di Negeri Sembilan ada ketua cabang dan timbalan ketua cabang keluar parti.

“Tapi cabang-cabang ini semakin kuat.

“Di Negeri Sembilan bila berlaku ‘pembersihan’ , golongan (anggota) lama yang sebelum ini gelisah, aktif semula.

“Golongan muda juga ramai yang masuk parti.

“Anggota KeADILan keseluruhannya hampir sejuta,” ujar Anwar.

Anwar dalam ucapan perasmiannya mengingatkan peserta konvensyen agar menguatkan jentera pilihan raya.

“Pilihan Raya Umum jika diadakan bulan depan atau tahun depan, kita lawan tetap lawan,” kata Anwar dan disambut dengan tepukan gemuruh lebih seribu peserta konvensyen.

Turut hadir menyampaikan amanat, Ketua Penerangan KEADILAN, YB Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin; Pengerusi KeADILan Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari dan Pengarah Komunikasi KeADILan, YB Fahmi Fadzil.

Show More

Related Articles

Back to top button