Berita

Kebajikan masyarakat Iban di Negeri Sembilan tetap dijaga Kerajaan Negeri

SEREMBAN JAYA: Walaupun berhijrah lebih seribu kilometer ke Negeri Sembilan, kebajikan masyarakat Sarawak tetap terbela oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri sembilan.

ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren bersama Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Puan Jamilah Said Ali telah menyantuni beberapa keluarga Iban dari Sarawak yang mengusahakan tanaman sayuran di Taman Seremban Jaya.

Gunasekaren telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan peralatan pertanian seperti cangkul, pam meracun rumpai, bekas menyimpan air, racun rumpai, racun serangga, jaring kalis matahari dan pelbagai barang lagi kepada 15 petani yang giat mengusahakan tanaman sayur-sayuran di tanah terbiar di Taman Seremban Jaya.

 

“Saya difahamkan terdapat lebih kurang 70 keluarga Iban di sekitar Taman Seremban Jaya.

“Saya berharap dengan sumbangan peralatan ini akan membantu masyarakat Iban ini untuk mengeluarkan lebih banyak hasil selepas ini,” kata Gunasekaren.

 

Wakil kepada masyarakat Iban, Encik Christopher mengucapkan terima kasih atas sumbangan Gunasekaren.

“Saya mohon doa semua pihak agar tanaman yang diusahakan ini mendatangkan hasil yang boleh dikongsi bersama.

“Sumbangan ini adalah satu inspirasi dan semangat kepada golongan yang mahu berbakti kepada tanah,” kata Christopher.

 

Gunasekaren dan rombongannya dijamu dengan makan tengahari berlauk sayur segar yang baru dipetik dari kebun sayur tersebut.

Turut hadir Pegawai Khas ADUN Rahang, Cik Mit Juan; Ahli Majlis MBS, Puan Winnie; Pegawai Khas ADUN Seremban Jaya, Encik P.Minnal Veeran, Encik S.Mugunthan dan Encik Anbalagan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button