Aktiviti

Kebajikan Orang Asal sentiasa dijaga oleh DSAI

Sumbangan periuk nasi, dapur, kuali, tong gas LPG dan bekas menyimpan nasi

PORT DICKSON: Kebajikan masyarakat Orang Asal sentiasa mendapat perhatian Ahli Parlimen Port Dickson, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Baru-baru ini, Encik Farhan Fauzi yang merupakan Setiausaha Politik Dato’ Seri Anwar telah menyantuni masyarakat Orang Asal di Kampung Orang Asli Sunggala, Port Dickson.

Farhan telah menyerahkan peralatan memasak seperti periuk nasi, dapur, kuali, tong gas LPG dan bekas menyimpan nasi yang panas.

“Peralatan tersebut telah dimohon oleh Ketua Kampung Orang Asli, Tok Batin Zamri kepada Pejabat Parlimen Port Dickson sebelum ini.

“Diharapkan dengan sumbangan ini masyarakat di sini tidak lagi perlu menyewa peralatan memasak apabila berlangsungnya kenduri kendara dan majlis-majlis keraian.

“Sementara Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih lagi berkuatkuasa, saya menasihatkan penduduk di sini perlu mematuhi garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan,” kata Farhan mewakili Ahli Parlimen Port Dickson.

Turut hadir, ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi; Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah; Ketua Kampung Orang Asli Sunggala, Tok Batin Zamri dan Ahli Majlis MPPD, Encik Lionel Perera.

 

Show More

Related Articles

Back to top button