Aktiviti

Kebajikan: Usaha berterusan Penyelaras DUN Linggi

Menyerahkan sumbangan kerusi roda dan makanan asas

LINGGI: Musim perayaan atau tidak, Penyelaras DUN Linggi, Encik Rusli Abdullah berterusan menyantuni rakyat yang memerlukan perhatian dan bantuan.

Pada hujung minggu yang lepas, beliau telah turun padang ke Kampung Segenting untuk menyerahkan sebuah kerusi roda kepada salah seorang penduduk yang memerlukannya.

Destinasi Rusli seterusnya ialah Kampung Linggi bagi menyumbangkan makanan kepada seorang warga emas yang terputus bekalan makanan.

“Selesai di situ, saya mengunjungi Kampung Sungai Raya untuk bertemu dengan rakyat bagi mendengar permasalahan mereka dan seterusnya singgah di Warung Kak Ngah di kampung yang sama bagi meraikan sama-sama sambutan Hari Raya,” kata Rusli.

Pada keesokkan harinya, Rusli mengunjungi pula Kampung Telok Pelandok dan Kampung Linggi untuk terus menyumbang makanan asas kepada beberapa orang penduduk yang memerlukannya.

“Selepas itu saya melawat tempat pembuangan sampah di Dataran Tanjung Agas, di mana aduan diterima tentang sikap segelintir penduduk yang sesuka hati membuang sampah di sekeliling tempat pembuangan sampah.

“Saya kesal kerana sampah tidak dibuang di tempat pembuangan sampah yang disediakan.

“Besarlah harapan saya agar penduduk lebih berdisplin dan bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga kebersihan di kawasan tersebut demi kebaikan bersama,” ujar Rusli.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close
Close