Berita

Kebakaran Pasar Port Dickson: Aminuddin, Anwar dan Ravi turun padang

Enam peniaga (mangsa kebakaran) terima sumbangan kewangan dari Aminuddin, Anwar, Ravi dan Choo

PORT DICKSON: Kejadian kebakaran di Pasar Besar Port Dickson kelmarin, mendapat perhatian segera Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun; Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi.

Menurut Ravi, kejadian kebakaran itu membabitkan enam buah gerai di dalam pasar tersebut dan pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran

“Saya, Menteri Besar, Ahli Parlimen Port Dickson dan ADUN Lukut telah menyerahkan sumbangan kewangan kepada mangsa kebakaran (pemilik gerai).

“Majlis Perbandaran Port Dickson telah menyediakan khemah sementara untuk peniaga menjalankan perniagaan sementara menunggu kerja membaiki gerai-gerai yang musnah terbakar.

“Lima pemilik gerai menjual sayur-sayuran dan seorang lagi menjual bunga. Mereka menjalankan perniagaan di sini sejak 21 tahun yang lepas,” jelas Ravi.

 

Ravi berkata, beliau dan ADUN Lukut, YB Choo Ken Hwa, masing-masing menyerahkan sumbangan bernilai RM500 kepada enam peniaga tersebut.

Turut hadir ADUN Chuah, YB Dato’ Yek Diew Ching; Yang DiPertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Tuan Mohd Zamri Mohd Esa; Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah dan Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman.

Pengerusi MPKK Kampung Arab, Encik Rahamat Isahak; Pengerusi MPKK Kampung Gelam, Encik Baharudiin dan Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson, Encik Lionel Pereira.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button