Berita

Kejadian lembu dibaham harimau dapat perhatian Shahran

Kali kedua kes harimau baham lembu di Seri Menanti dalam tempoh tujuh bulan

SERI MENANTI: Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat telah turun padang ke Kampung Gamin Hilir di sini, untuk meninjau kerja-kerja pemasangan sangkar perangkap harimau.

“Ini adalah kali kedua kes harimau baham lembu di Seri Menanti dalam tempoh tujuh bulan.

“Pada Disember tahun lepas telah dilaporkan beberapa ekor lembu dan kambing dibaham harimau kumbang di Kampung Tengah Hulu yang terletak bersebelahan dengan Kampung Gamin Hilir.

“Kejadian ini telah dilaporkan kepada Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan dan Jabatan Perhilitan telah memasang sangkar untuk memerangkap harimau.

“Diharapkan pihak Jabatan Perhilitan dapat menangkap harimau dan mengatasi masalah yang berlaku,” kata Shahran.

Pada Disember 2020, Jabatan Perhilitan berjaya menangkap seekor harimau kumbang dengan memasang sangkar perangkap.

Tindakan itu diambil ekoran kejadian beberapa ekor lembu dan kambing penduduk Kampung Tengah Hulu dibaham harimau.

Difahamkan, ketika itu ada saksi melihat seekor harimau kumbang lain yang dipercayai pasangan kepada harimau yang masuk perangkap.

Show More

Related Articles

Back to top button