Berita

Kejadian tanah runtuh di Kampung Dioh dapat perhatian Rais

SENALING: Aduan penduduk Kampung Dioh ekoran dari kejadian tanah runtuh yang menyebabkan jalan menghubungkan Kampung Dioh Kecil bertanah dan berlumpur mendapat perhatian segera Penyelaras DUN Senaling, Tuan Rais Basiron.

“Akibat dari kejadian ini, masyarakat kampung sukar untuk melalui jalan ini.

“Saya akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera, agar penduduk kampung dapat mengunakankan jalan ini dengan selesa dan selamat,” kata Rais.

Turut sama hadir di tempat kejadian Setiausaha MPKK Kampung Dioh, Encik Mohd Norizam dan Mantan Pengerusi MPKK Kampung Dioh, Encik Johari Ibrahim.

Show More

Related Articles

Back to top button