Berita

Kejadian tanah runtuh di Taman South East akan diambil tindakan segera

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah melawat sebuah rumah yang mengalami keretakan lantai dan dinding akibat kejadian tanah runtuh di Taman South East di sini.

Gunasekaren berkata, belakang rumah Encik Francis mempunyai retaining wall yang dibina 20 tahun lepas selepas kejadian tanah runtuh sebelum ini.

“Namun, baru-baru ini kejadian tanah runtuh berlaku sekali lagi di lokasi ini yang menyebabkan lantai dan dinding bahagian dapur retak

“Kejadian tanah runtuh di taman perumahan ini bukanlah isu baru dan sememangnya masih ada beberapa lokasi yang turut terkesan.

“Pada tahun lepas satu kejadian tanah runtuh melibatkan sebuah rumah di taman perumahan ini turut berlaku dan kerja-kerja pembaikan telah pun dilaksanakan.

“Justeru, permasalahan ini akan dipanjangkan kepada Majlis Bandaraya Seremban untuk tindakan segera,” ujar Gunasekaren.

Gunasekaren berharap, kajian secara menyeluruh dan mengenal pasti lokasi atau kediaman yang berisiko (tanah runtuh) perlu dikenal pasti oleh pihak MBS bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kelak.

Permasalahan ini akan dipanjangkan semula oleh Ahli Majlis MBS kepada pihak MBS bagi lawatan semula bersama pihak tertentu.

Turut bersama dalam lawatan ini, Ahli MBS, Puan Jamilah Said Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button