Aktiviti

Kejohanan Futsal Silaturrahim menarik penyertaan 100 belia

BAGAN PINANG: Pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang bersama Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson telah menganjurkan Kejohanan Futsal Silaturrahim di Taman Intan Perdana.

Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman berkata, seramai 100 belia dengan 12 pasukan menyertai kejohanan futsal ini.

“Objektif penganjuran kejohanan ini adalah bagi memupuk semangat kesukanan di kalangan anak muda selain menjalin dan mengeratkan silaturrahim antara pemimpin setempat dan anak muda

“Terima kasih kepada semua yang menjayakan kejohanan ini termasuk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Intan Perdana.

“Semoga program sebegini dapat dilaksanakan di semua kawasan MPKK dalam DUN Bagan Pinang,” kata Nasir.

Show More

Related Articles

Back to top button