Berita

Kekurangan bekalan vaksin melambatkan pencapaian imuniti berkelompok

SEREMBAN: Kekurangan bekalan vaksin melambatkan lagi pencapaian imuniti berkelompok (herd community) di Negeri Sembilan,” kata Exco Kesihatan Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam.

Veerapan berkata, sasaran Kerajaan Negeri Sembilan untuk mencapai imuniti berkelompok pada awal Oktober ini, tetapi tidak dapat dicapai akibat bekalan vaksin yang diimport masih belum sampai.

“Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kesihatan yang akan dilantik nanti, perlu memastikan bekalan vaksin yang secukupnya untuk Negeri Sembilan.

“Ini perlu bagi mencapai imuniti berkelompok secepat mungkin, dan ini adalah pendirian Kerajaan Negeri Sembilan untuk memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat,” ujar beliau.

Veerapan berkata, Mantan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, telah berjanji bahawa Negeri Sembilan akan menerima bekalan vaksin secukupnya untuk menjayakan program imunisasi ini.

Sejak bulan Julai menerima sebanyak 600,000 dos vaksin tapi ditambah Kepada 750,000 dos vaksin.

“Bulan Ogos, Negeri Sembilan hanya menerima lebih kurang sebanyak 590,000 dos vaksin sahaja.

“Pemberian Vaksin ke negeri ini adalah secara mingguan. Hal ini menyebabkan minggu ketiga bulan Ogos hanya terima bekalan vaksin yang terendah iaitu hanya 90,000 dos sahaja.

“Kapasiti pemberian vaksin di PPV Seremban adalah sebanyak 1,500 dos vaksin sehari,” katanya lagi.

Veerapan berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Seremban di Dewan Majlis Bandaraya Seremban.

Menurut Veerapan yang juga ADUN Repah, tujuan lawatan adalah untuk memantau keadaan PPV Awam di Negeri Sembilan yang lengang susulan isu kekurangan bekalan vaksin.

 

Show More

Related Articles

Back to top button