Berita

Keluarga asnaf dapat rumah baharu

SERI MENANTI: Sebuah keluarga asnaf dari Kampung Gedang menerima sebuah rumah baharu menerusi Program Baiti Jannati TNB.

Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat berkata, Pengerusi MPKK Kampung Gedang, Encik Azhar telah memohon kepada TNB untuk mendapatkan sebuah rumah baharu bagi Puan Lailey Joned.

“Alhamdulillah permohonan tersebut telah diluluskan. Keadaan rumah asal Puan Lailey sangat uzur.

“Kini rumah baru Puan Lailey telah pun siap sepenuhnya. Terima kasih kepada TNB kerana prihatin terhadap permasalahan rakyat.

“Semoga Puan Lailey dan anak-anaknya gembira serta lebih selesa tinggal di rumah baharu ini,” kata Shahran.

Show More

Related Articles

Back to top button