Aktiviti

Keluarga bakal menerima menantu dapat sumbangan beras

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi menyantuni tujuh keluarga yang bakal menerima menantu pada Sabtu dan Ahad ini.

“Pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan banyak majlis perkahwinan (kenduri) tertangguh sejak tahun lepas.

“Kini sudah melepasi tempoh PKP, majlis perkahwinan sudah mula diadakan dengan SOP yang ditetapkan.

“Justeru, bagi meringankan beban tujuh keluarga ini yang turut terkesan dengan PKP, saya menyumbang bantuan beras sebanyak 50 kilogram sehingga 100 kilogram mengikut jumlah jemputan.

“Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban bagi mengadakan majlis perkahwinan tersebut,” kata Abd Latif.

Show More

Related Articles

Back to top button