Aktiviti

Keluarga dikuarantin Covid-19 di Ladang Senama terima bantuan Musliadi

JERAM PADANG: Sebuah keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19, di Ladang Senama dekat sini menerima bantuan makanan dari Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu.

“Saya menerima maklumat bahawa seorang pekerja ladang yang suspek Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin bersama ahli keluarganya di Ladang Senama.

“Saya turun padang bagi menghantar bantuan berupa barangan keperluan dapur kepada beliau dan keluarganya. Semoga beliau sekeluarga sembuh segera.

“Saya juga ingin menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan hanya keluar daripada rumah jika ada keperluan mendesak. Jaga diri dan sentiasa peka dengan keadaan semasa. Elakkan berada di tempat yang sesak,” nasihat Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button