Berita

Masjid Kampung Baru Si Rusa terima RM1,000 dari Nasir

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman menyumbang RM1,000 masing-masing kepada Masjid Kampung Baru Si Rusa dan Surau Taman Anika.

“Sumbangan RM1,000 diberikan bagi membolehkan pengurusan masjid dan surau menjalankan aktiviti sempena Ramadhan.

“Semoga Ramadhan tahun ini terus subur dengan aktiviti ibadah dan kemasyarakatan,” kata Nasir.

Nasir berbuka puasa dan bersolat Maghrib bersama jemaah di Surau Taman Anika, manakala di Masjid Kampung Baru Si Rusa beliau bersolat Isyak dan Terawih.

Terlebih dahulu, Nasir bersama sukarelawan Pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang telah mengagihkan kurma, pelitup muka dan akhbar Nogori Kito kepada pengunjung dan peniaga di Bazar Ramadhan Batu 4, Port Dickson.

Nasir turut penyerahkan permit dan patil kepada peniaga yang berniaga di situ.

Pada tahun ini, terdapat 80 tapak niaga telah disediakan untuk peniaga-peniaga menjual juadah berbuka di sini.

Show More

Related Articles

Back to top button