Berita

Keluarga dikuarantin mempunyai anak menyusu mendapat perhatian segera Shahran

SERI MENANTI: Proses kuarantin akibat Covid-19 bukan sahaja menyebabkan sesebuah keluarga terputus bekalan makanan tetapi turut memberi kesan kepada mereka yang mempunyai anak yang kecil.

Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat berkata, pada minggu lepas sahaja, sebanyak lima keluarga yang mempunyai anak yang kecil dan menyusu telah memohon bantuan lampin pakai buang dan susu tepung kanak-kanak.

“Peka dengan kesulitan yang dihadapi oleh lima keluarga ini, saya telah menghantar bantuan tersebut dengan kadar segera.

“Semoga dengan sumbangan ini ianya dapat meringankan beban keluarga ini,” ujar Shahran.

Show More

Related Articles

Back to top button