Berita

Kempen menukar beg plastik kepada beg kertas, kurang kesan karbon

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman telah menghadiri pelancaran kempen menukar beg plastik sekaliguna kepada beg kertas atau beg biodegradasi di Dewan Besar MPPD.

Taklimat disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan, Puan Marhizah Abd Razak; Pengurus Global Go Green, Dr.Aishah Daud dan Pegawai Bahagian Persekitaran Perbadanan Putrajaya, Encik Mohd Shukri Shafie.

“Beg kertas boleh dikitar semula berbanding beg plastik. Kita harus sama-sama memelihara alam sekitar demi generasi akan datang yang lebih sihat,” kata Nasir.

Majlis disempurnakan oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Tuan Zamri Md Esa.

Turut hadir Ahli Majlis, Pengerusi MPKK, wakil syarikat dan pimpinan masyarakat setempat.

Show More

Related Articles

Back to top button