Berita

Kemudahan talian internet di Jeram Padang akan dinaik taraf

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu bersama wakil sebuah syarikat telekomunikasi telah mengadakan lawatan dan meninjau lokasi menara pemancar di Felda Palong 1, Felda Rokan Barat dan Middleton Estate bagi kerja-kerja menaik taraf frekuensi talian internet.

“Perancangan menaik taraf talian internet ini akan mengambil sedikit masa kerana ia memerlukan persetujuan dari beberapa syarikat telekomunikasi untuk kelulusan.

“Usaha ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Sembilan pimpinan YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun bagi memastikan masyarakat di luar bandar mendapat liputan rangkaian internet dan juga sebagai kemudahan untuk anak-anak yang belajar melalui pembelajaran atas talian,” kata Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button