Berita

Kenaikan Imbuhan Bilal

Kenaikan Imbuhan Bilal, Siak dan Pembantu Am Wanita

Memakmurkan masjid adalah tuntutan bagi setiap muslim. Setiap ahli kariah peranan dalam usaha mengimarahkan masjid. Untuk maksud itu, golongan yang menjadi teras di dalam usaha pengimarahan masjid ini adalah Bilal (muazzin), siak dan pembantu Am wanita.

Elaun yang sudah lama tidak dikaji kini telah menerima kenaikan antara RM250 hingga RM 300. Elaun bilal dan siak telah dinaikkan sebanyak RM300 dan RM250 sebulan bagi setiap masing-masing.

Manakala elaun Pembantu Am Wanita daripada RM150 kepada RM400 sebulan. Perlaksanaan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM2.84 juta dan memberi manfaat kepada 900 orang penerima.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button