Kenaikan peruntukan Pejabat MB (P50) disebabkan pelarasan semula Vot Pembangunan P56
Peningkatan Vot Tanggungan T05 (Perintah Mahkamah) setelah mengambil kira 11 kes lama

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN
Kenyataan media ini adalah bertujuan untuk membetulkan beberapa kesilapan yang dilaporkan oleh beberapa portal berita bertarikh 2 Disember 2020 berkaitan kenaikan peruntukan Vot Pembangunan P50 dan Tanggungan T05.
Kenaikan peruntukan P50 iaitu Perkhidmatan Masyarakat di bawah kawalan Pejabat YAB Menteri Besar adalah disebabkan pelarasan semula Vot Pembangunan P56 (Kerja-Kerja Kecil) sebanyak RM16.3 juta seperti yang dinasihatkan oleh YB Pegawai Kewangan Negeri dan Jabatan Audit Negara supaya lebih teratur dan tersusun.
Perincian peruntukan Vot P50 adalah seperti butiran berikut:
BIL. | BUTIRAN | PERUNTUKAN (RM) |
i. | Pengurusan Pusat Khidmat DUN | 3.47 Juta |
ii. | Permasalahan Rakyat | 12.57 Juta |
iii. | Lain-Lain Bekalan Perkhidmatan Melalui Pejabat-Pejabat Daerah | 4 Juta |
iv. | Membina Pusat Penempatan Penjaja | 3 Juta |
v. | Tabung Perubatan Haemodilisis | 1 Juta |
vi. | Lain-Lain Perkhidmatan Masyarakat | 5.96 Juta |
JUMLAH | 30 Juta. |
Sementara itu, peningkatan bagi Vot Tanggungan T05 (Perintah Mahkamah) daripada RM1 juta (2020) kepada RM8 juta (2021) adalah berdasarkan nasihat dari Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri.
Peruntukan ini setelah mengambil kira 11 kes lama yang masih di peringkat sama ada Mahkamah Rayuan ataupun Mahkamah Persekutuan.
Disediakan oleh:
Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan
3 Disember 2020 (Khamis)