Berita

Kepimpinan belia perlu bebas politik: Nasarudin

CHEMBONG: Kepimpinan yang menerajui persatuan belia perlu bebas dari ideologi politik, sekiranya mahu mengangkat taraf golongan belia dalam sektor ekonomi, pendidikan, kemahiran mahupun kepimpinan.

Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim berkata, persatuan belia harus membezakan pembangunan modal insan dan politik, kerana ada pemegang taruh dalam persatuan belia memegang jawatan dalam parti politik.

“Ada segelintir daripada mereka terlalu ekstrim sehingga tidak dapat membezakan ideologi politik dan objektif pembangunan belia.

“Apa yang kita maklum pada hari ini, golongan muda tidak suka berpolitik. Persatuan belia adalah salah satu pentas untuk mencungkil bakat dan mendidik golongan muda menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab.

“Ideologi politik tidak seharusnya menjadi kriteria bagi persatuan beliau untuk membantu dan mendidik golongan belia memajukan diri,” kata Nasarudin.

Nasarudin berkata demikian dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Majlis Belia Daerah Rembau dekat sini.

Nasarudin juga menyeru kepada kepimpinan yang baru supaya membawa lebih ramai golongan muda terutamanya lepasan SPM menyertai persatuan belia.

“Perwakilan yang hadir agar jangan malu dan segan untuk berjumpa dan datang ke pejabat saya bagi membincangkan apa jua agenda masa depan belia kerana belia adalah tunjang utama kepada pembangunan negara,” ujarnya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button