Berita

Kerajaan Negeri ambil tindakan baiki kerosakan tebing Sungai Linggi

SEREMBAN: Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa usaha dan strategi bagi mengatasi kerosakan teruk di sepanjang tebing Sungai Linggi dari Kampung Seri Mantau, Kampung Batu 3 sehingga ke Kampung Mawar di dalam DUN mambau.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun (Sikamat – Pakatan Harapan) berkata, pihak kerajaan telah merancang projek-projek tebatan banjir (RTB) Sungai Linggi Fasa 5 dalam RMK-12 yang telah dikemukakan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi mengatasi masalah banjir dan masalah penstabilan tebing Sungai Linggi.

Permohonan projek ini dicadangkan akan bermula dari Kampung Nyatoh di Rantau sehingga ke Kampung Sri Mantau, Mambau.

BIL KAWASAN PERANCANGAN JANGKA PENDEK PERANCANGAN JANGKA PANJANG
1 Kampung Sri Mantau Perlaksanaan kerja-kerja pembinaan ban sungai dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2021 berdasarkan kepada peruntukan. Kerja pembaikan tebing akan dimasukkan dalam perancangan kerja bagi RTB Sungai Linggi Fasa 5 pada RMK-12.
2 Kampung Batu 3, Mantau Kerja pembaikan tebing sedang dilaksanakan sepanjang 30m dengan menggunakan batu sangkar. Kerja bermula pada 26 September 2020 dan siap sepenuhnya pada 30 November 2020 yang berjumlah RM93,560.00.
3 Kampung Mawar Perlaksanaan kerja-kerja pembaikan tebing dijangka akan dilaksanakan pada peruntukan 2021

Aminuddin menjawab pertanyaan YB Yap Yew Weng (Mambau – Pakatan Harapan) di Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-14, kelmarin.

Yap bertanya, apakah strategi dan usaha pihak Kerajaan Negeri bagi mengatasi kerosakan teruk yang sering berlaku di sepanjang tebing Sungai Linggi dari Kampung Seri Mantau, Kampung Batu 3 sehingga ke
Kampung Mawar di dalam kawasan DUN Mambau.

Show More

Related Articles

Back to top button