Berita

Kerajaan Negeri belanja RM481 ribu, usaha atasi banjir di Johol

10 projek telah dilaksana tahun ini

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun (Sikamat – Pakatan Harapan) berkata, kejadian banjir kilat yang berlaku pada 17 Ogos 2020 di Kampung Lending, Tanggai, Masjid Tua dan Kampung Paya disebabkan hujan yang sangat lebat yang mana bacaan stesen hujan Pekan Kota mencatatkan 112 mm.

“Sehubungan dengan itu, perancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan masalah banjir kilat di kawasan Johol dapat diatasi dengan memohon peruntukan sebanyak RM8.5 juta di dalam Rancangan Malaysia Ke -12 Bagi Rancangan Tebatan Banjir Sungai Jelai

“Dalam masa yang sama, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah membelanjakan sebanyak
RM481,013.62 dalam usaha mengatasi masalah banjir di Johol,” katanya.

Aminuddin berkata demikian di Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-14; menjawab pertanyaan lisan YB Saiful Yazan Sulaiman (Johol – BN).

Kerja-kerja untuk mengatasi masalah banjir di Johol adalah seperti berikut:

1. Kerja-kerja penyaluran untuk mengurangkan risiko banjir Sungai Batang Jelai di Kampung Kabong, bermula 13 Mei 2020 dan siap pada 27 Mei 2020. Kos RM19,740.00.

2. Kerja-Kerja penyaluran untuk mengurangkan risiko banjir Sungai Tegolol, di Mukim Johol bermula 13 Mei 2020 dan siap pada  27 Mei 2020. Kos RM19,740.00.

3. Kerja-Kerja penyaluran untuk mengurangkan risiko banjir di Pekan Johol, bermula 29 Jun 2020 dan siap pada 13 Julai 2020. Kos RM19,800.

4. Kerja-Kerja penyaluran dan menaik taraf Sungai Batang Jelai di Kampung Solok Chenderoh, bermula 10 Mac 2020 dan siap pada 12 Mei 2020. Kos 108,175.00.

5. Kerja-Kerja penyaluran dan menaik taraf Sungai Johol di Kampung Padang Jual, bermula 10 Mac 2020 dan siap pada 12 Mei 2020. RM 48,930.00.

6. Kerja-Kerja pemuliharaan Sungai Jelai di Mukim Johol untuk mengurangkan risiko banjir, bermula 13 Julai 2020 dan siap pada 14 September 2020. Kos RM127,350.00.

7. Kerja-Kerja pemuliharaan Sungai Johol di Kampung Melekai untuk mengurangkan risiko banjir, bermula 15 Julai 2020 dan siap pada 29 Julai 2020. Kos RM19,000.00.

8. Kerja-Kerja Pemuliharaan Sungai Chegor di Kampung Chegor untuk mengurangkan risiko banjir, bermula 15 Julai 2020 dan siap pada 29 Julai 2020. Kos RM19,000.00.

9. Kerja-Kerja Pemuliharaan Sungai Inas di Kampung Ulu Inas, bermula 5 Jun 2020 dan siap pada 30 Julai 2020. Kos RM49,662.00.

10. Kerja-Kerja Pemuliharaan Sungai Tanggai di Kampung Tanggai, bermula 5 Jun 2020 dan siap pada 30 Julai 2020. Kos RM49,616.62.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button