Berita

Kerajaan Negeri buka peluang rakyat miliki rumah sendiri

BAHAU: Kerajaan Negeri akan sentiasa memastikan Dasar Perumahan Negeri Sembilan dipatuhi oleh semua pemaju dan seterusnya membuka peluang untuk lebih ramai rakyat memiliki rumah sendiri,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata demikian dalam majlis pengundian Rumah Mampu Milik (RMM) Type A di Taman Kasih Putera.

Menurut Aminuddin, projek RMM ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Sembilan terhadap mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri dalam pasaran terbuka kerana harga rumah yang tidak terkawal hari ini.

“Oleh itu Kerajaan Negeri Sembilan telah melaksanakan Dasar Perumahan Negeri Sembilan yang mewajibkan setiap projek perumahan terdiri daripada 50 peratus RMM.

“Besarlah harapan saya agar mereka yang terpilih dapat memanfaatkan rumah ini sebaiknya,” ujar beliau.

Dalam pada itu, seramai 257 pemohon layak memiliki RMM Type A yang bernilai RM80,000 di Taman Kasih Putera.

“107 orang daripada 257 pemohon layak untuk memiliki RMM Type A hadir bagi sesi pengundian dan sebanyak 84 buah rumah diundi,” jelas Aminuddin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button