Berita

Kerajaan Negeri cadang kilang ditutup 14 hari sekiranya ada kes positif Covid-19

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mencadangkan kepada agensi penguatkuasa agar kilang yang dikenalpasti merekodkan kes positif Covid-19 ditutup selama 14 hari.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, cadangan ini diusulkan untuk mengawal kluster industri di negeri ini.

“Sekiranya ada pekerja positif Covid-19 di sesebuah kilang, kita cadangkan pihak penguatkuasa berkaitan mengarahkan kilang tersebut ditutup selama 14 hari untuk mengawal dan memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

“Saya berharap permintaan Kerajaan Negeri ini diberi pertimbangan sewajarnya,” katanya dalam sidang media Pasca Mesyuarat Exco yang diadakan secara atas talian (online) sebentar tadi.

Show More

Related Articles

Back to top button