Berita

Kerajaan Negeri dicadang ambil alih Rumah Generasi Kedua Felda

Lawatan sehari wakil Menteri Besar ke DUN Palong dan Jeram Padang

PALONG: Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham mencadangkan agar Kerajaan Negeri Sembilan mengambil alih projek Rumah Generasi Kedua Felda di Felda Palong 16. Ini susulan lawatan kerja wakil YAB Menteri Besar Negeri Sembilan ke DUN Palong baru-baru ini.

Dalam lawatan tersebut, Setiausaha Politik Menteri Besar, Encik Mokhtar Ahmad; Pegawai Khas Menteri Besar, Dato’ Romli Ishak; Penasihat Agama Menteri Besar, Ustaz Jaafar Muhammad dan Pegawai Penyelidik Menteri Besar, Salwah Abu Hassan telah dibawa ke tapak projek perumahan tersebut untuk melihat sendiri keadaan projek perumahan tersebut yang telah terhenti sejak beberapa tahun lalu.

Turut dilawati tapak projek Sentuhan Kasih Felda yang terletak tidak berapa jauh dengan projek Rumah Generasi Kedua Felda di Felda Palong 14,15 dan 16.

Projek Rumah Generasi Kedua Felda yang terhenti di Felda Palong 16, Jempol.

Sebelum itu Rebin bersama pegawai Menteri Besar membuat kunjungan hormat ke Pejabat Daerah Jempol dan beberapa isu setempat telah dibincangkan untuk mencari jalan penyelesaian.

Lawatan kerja sehari ke DUN Palong diteruskan di Felda Palong 11 dengan penyampaian sumbangan kewangan kepada Puan Noraini Mohd Sharif, balu keluarga Allahyarham Mahfuz Abu Samah yang merupakan Bekas Timbalan Ketua Ranting Felda Palong 11.

Puan Salwah (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada Puan Noraini. Tuan Rebin (kiri) dan Encik Mokhtar (kanan).

Seterusnya berlangsung Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Petugas-Petugas Covid-19 di Felda Palong 9. Seramai enam petugas sukarelawan menerima sijil penghargaan tersebut.

Mereka ialah Encik Ahmad Ramli; Encik Julus Nordin; Encik Mohd Kahir Rantau; Encik Zulkefly Zainuddin; Encik Ali Hudin Abdul Rahman dan Encik Shafi Daoh.

Rebin (kiri) dan Dato’ Romli (kanan) bersama penerima Sijil Penghargaan Petugas-Petugas Covid-19 di Felda Palong 9.

Sebelum majlis jamuan makan tengahari, Ustaz Jaafar telah menyampaikan tazkirah ringkas menjelaskan pengertian surah Al-Fatihah.

Ustaz Jaafar (kanan) menyampaikan tazkirah bertajuk Pengertian Surah Al-Fatihah.

Di sebelah petang, berlangsung Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Keadilan Cabang Jempol di Balai Raya Felda Palong 4. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Setiausaha Perhubungan Keadilan Negeri Sembilan, Encik Nazri Kassim.

Dato’ Romli (kanan) memberi taklimat tentang beberapa perkara yang berkaitan penyusunan dan aktiviti Keadilan Cabang Jempol. (Dari kiri) Rebin dan Nazri.

Selepas itu diadakan majlis minum petang bersama Penyelaras DUN Palong dan Pengerusi MPKK Felda Palong 4, 5 dan 6.

Pelbagai pandangan dan cadangan telah dibincangkan dalam Mesyuarat Khas AJK Cabang Keadilan Jempol.

Lawatan kerja sehari itu berakhir dengan perjumpaan bersama Penyelaras DUN Jeram Padang,  Tuan Musliadi Sabtu dan Pengerusi-Pengerusi MPKK DUN Jeram Padang.

#NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera

Show More

Related Articles

Back to top button