Berita

Kerajaan Negeri hargai penjawat awam

SEREMBAN: Sejak Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan pada tahun 2018, Kerajaan Negeri Sembilan tidak pernah lupa untuk menghargai penjawat awam dalam negeri sebagai tanda penghargaan kepada mereka, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, Kerajaan Negeri menghargai penjawat awam melalui Bantuan Khas Kewangan (BKK) seperti berikut:

i. Belanjawan 2019 – satu bulan gaji atau minimum RM2,000

ii. Belanjawan 2020 – satu bulan gaji atau minimum RM2,000

iii. Belanjawan 2021 – setengah bulan gaji atau minimum RM1,000

“Bantuan yang yang diberikan ini tidak termasuk BKK Aidilfitri, setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 yang diberikan tempoh hari.

“Dalam pada itu, terdapat pelbagai kemudahan diwujudkan untuk membantu penjawat awam seperti pembinaan Rumah Penjawat Awam, skim pinjaman pembelian kenderaan dan komputer tanpa faedah.

“Semoga majlis sebegini menjadi pembakar semangat kepada semua penjawat awam di Negeri Sembilan bagi memberikan perkhidmatan kelas pertama buat rakyat,” kata Aminuddin ketika menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di D’Tempat Country Club, Sendayan.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button