Berita

Kerajaan Negeri mahu projek ECRL melalui Negeri Sembilan

Pada 11 Jun 2020, ketika saya mewakili YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin HarunĀ  menghadiri Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara Ke-34 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia; saya bagi pihak YAB Menteri Besar telah menyatakan pendirian Kerajaan Negeri Sembilan untuk mempertahankan Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) agar dapat diteruskan dengan jajarannya melalui Negeri Sembilan.

Projek landasan ECRL yang bakal melalui Daerah Jelebu dan Daerah Seremban sudah tentunya akan dapat menjana ekonomi di Negeri Sembilan dan ia juga akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat di Negeri Sembilan.

Sama-sama kita rakyat Negeri Sembilan mempertahankan projek ECRL ini, agar ia dapat terus dilaksanakan di Negeri Sembilan demi kepentingan dan kesejahteraan kita semua.

YB Teo Kok Seong

Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru.

ADUN Bahau

Show More

Related Articles

Back to top button