Berita

Kerajaan Negeri membenarkan ibadah korban dilaksanakan

Kerajaan Negeri akan didik pengunjung pantai jaga kebersihan

SEREMBAN: Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Dr. Razali Ab Malik mengumumkan Kerajaan Negeri secara umumnya membenarkan ibadah korban dilaksanakan pada tahun ini.”Walaubagaimanapun, Prosedur Operasi Standard (SOP) sedang diteliti oleh Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, Jabatan Veterinar Negeri Sembilan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

“Selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan, maka Kerajaan Negeri juga membenarkan penganjuran majlis sosial dan pawagam.

“Namun, semua pihak yang berkaitan haruslah mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ini termasuk sebarang majlis sosial tidak boleh melebihi 250 orang,” jelas Razali.

Razali turut menyentuh isu pengunjung pantai Port Dickson yang membuang sampah merata-rata.

“Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) akan mendidik pengunjung pantai supaya membawa plastik sampah sendiri dan membawa pulang sampah sekiranya tiada tong sampah yang berdekatan di kawasan perkelahan.

“Untuk permulaan proses mendidik ini, petugas MPPD akan edar plastik sampah dan risalah (brochure) kepada pengunjung pantai terutamanya yang memasang khemah,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button
Close
Close